Macam mana nak comment?

Masalah untuk comment setiap entri dalam blog ni? Tak jumpa cari comment box, comment link, etc etc? Senang je, KLIK TAJUK. Nanti akan keluarlah tempat untuk korang meng'comment'. Terima kasih.

Ok sebagai contoh jom tengok entri terbaru di bawah. KLIK TAJUK untuk comment ok.

Kisah keropok lekor kawan.

Nafsu! Nafsu! Nafsu serakah menjadi-jadi nak update blog. Ape bagus sangat dah? Kalau kau bagus sangat kenapa tak pernah dapat anugerah dekan pun? (Ok ni kita panggil sakit jiwa. Meracau.)


Ni obat sakit jiwa.

Tajuk lucah? Adoi jangan lucah-lucah dalam blog ni takde yang lucah-lucah. Kan? Wahaha. KISAH KEROPOK LEKOR KAWAN ni kisah kawan aku...

Kawan aku ada kawan. Nama dia Ali. Satu hari tu Ali ni demam or tak sehat or kene selsema babi camtu la lebih kurang. Dah lupa. So nak dijadikan cerita kawan aku ni selalu la lepak bilik Ali ni. Kawan aku ni sayang gila kot kat Ali ni. Hoho.

So diorang pun borak punya borak punye borak. OK dah habis cerita. (Matilah kene bunuh lepas ni.)


Aiyak! Kene bunuh woo!..

OK tak habis lagi saje je nak cari pasal tadi. Hmmm borak punya borak sekali Ali cakap la yang dia teringin nak makan KEROPOK LEKOR panas-panas. Kawan aku ni wat tak tahu je ala-ala tak dengar dah pekak badak agaknya masa tu kejap.

Ali pun tak mengharap la dapat makan KEROPOK LEKOR panas-panas. Sian Ali. Dah la kena selsema babi, nak makan KEROPOK LEKOR pun tak dapat.

Diorang sambung borak lagi. Borak borak borak borak. dah takde kerja sangat ke asyik borak je? Haha. Last sekali kawan aku ni cakap nak balik (Tetap takde respon pasal keropok lekor panas yang Ali nak tu). Ali pun pasrah walaupun parah. (Drama sewel terbaru)

Kawan aku pun blah. Wat dekk je kat si Ali ni. Wahaha padan muka Ali kan? Sape suroh lucah sangat mintak KEROPOK LEKOR panas-panas (Alamak aku lak lucah).

Selang beberapa tahun (Ok tipu lagi). Selang beberapa minit lepas tu. Kawan aku ni datang balik bilik Ali. Adoi apsal ni? Nak bagi KEROPOK LEKOR panas ke? Jangan!!

Tapi nasi dah jadi bubur. Memang kawan aku ni bagi KEROPOK LEKOR panas kat Ali. Adoi la..

KEROPOK LEKOR tu dia beli kat gerai kat kafe. Sanggup kau dia tunggu makcik keropok tu masak yang baru. Ye la kan, Ali nak KEROPOK LEKOR panas-panas. Yang sejuk tak layan. Haish nasib baik la Ali sakit kalau tidak malas dah kawan aku tu layan (agaknye la).


Haaa! Meh sini meh makcik nak gentel keropok jap. Ko tolong goreng keropok tu!

Tulah kan. Nampak sangat dalam cerita ni, kawan aku ni sayang sangat kat Ali ni. Sebab tu orang cakap, kasih sayang kadang tak lafaz pun boleh nampak boleh rasa boleh tahu.

Lagi satu dalam cerita ni, kita boleh lihat persepsi orang adalah berlainan. Sangat-sangat berlainan. Wahaha. Ok sekian sahaja merepek kali ini. Renung-renungkan, selamat merepek.. ;)


Nak keropok?

Nota keropok lekor panas : Hmmm rasa nak makan mcD la. (Agak-agak kawan aku ni gi beli tak?!) Wahaha!

Pelupa dah stess.


Tu lah lu. Wa dah cakap awal-awal lu taknak percaya sekarang lu tanggung sendiri.

 
Adoi marahnye muke dia.




Siot lu beb nak marah aku kenapa? Aku bukan tak percaya. Cuma malas. Paham tak? Haish lu bikin wa makan dalam la beb! (Ok lupekan yang ni takde kaitan)



Haha kerja dah melambak dah. Serius aku lupa dow. Sambil-sambil exam ni kan. Kepala hotak ni konon nak tumpu study. Study la sangat kan. Makin rancak update blog ada la. Haha. 


Haaa sebab ko terlebih tumpu sangat konon ko study sekarang ko tanggung pulak kerja ko yang tertangguh. Seronok tak? Takkkkkkkkkkkkkk!

 DOWN!!
 Sape sudi tolong aku??!!



Alahai boleh ke ko tolong?

Nota Pelupa : Kalkulus tak usik lagi.

Versi merah berpinar mata kau


Takde kerja ya datang baca blog ni? (padahal aku yang sibuk duk promote kan)


Apa pun selamat pagi. Eh Subuh! Haaa ni semua dah Solat Subuh ke belum? Nak aku jadi Imam? Boleh-boleh. Subuh pukul berapa? (haiyo tak tahu waktu Subuh)







Motif pakcik ni pakai baju merah? Nak jadi imam ke? (Ada kaitan?)


Zip Zap Zip Zap! (bukan bukak zip jangan nak lucah-lucah) Aku tukar template lagi. Dah kali ke berapa ribu dah aku tukar-tukar template blog ni aku tak ingat. (perasan! padahal baru semalam bukak blog)



Motif tak zip pon nak merah?




Kali ni versi merah. Merah tu dah lawa bagi aku. Maklumlah Merah kan berahi menawan! (ops!!) Tapi yang masalah sekarang ni dia punya corak tuh! Adeh berpinar mata aku tengok bila scroll turun bawah naik atas semua background dia gerak! (muntah!)


Matilah dah penat nak tukar-tukar. Ingat senang ke nak backup itu ini dahlah aku ni baru je main-main blog ni. Harap korang yang baca blog ni pun takde masalah dengan template ni ok! Terima kasih.



Takdak hal bro! Wa tetap baca blog lu walaupun mata wa naik juling! (Kucing pun cakap wa lu sama aku! Cis!)


Nota Merah : Mata naik merah! Bukan sebab baca blog sendiri tapi sebab tak tidur lagi!!

Awek aku kahwin lain!


Tak pasti la nak sedih ke nak gembira ke nak menangis ke nak menonggeng ke.


Awek aku..
Dah kahwin lain.
Sebab apa?


Aku nikahkan dikau Ahmad KHI dengan Siti Tenggiling berserta maskahwinnya RM75 Tunai...


Eh jap! Saksi mana saksi?!!



Haiyo saksi dah cabut lari naik beskal.. Dia ingat aku dah gila kot nak nikahkan motosikal dengan helmet!


Nota kahwin lain : Lepas ni jangan cerai lagi ok. Ingat aku banyak duit nak cari laki baru kau hah siti tenggiling?! *matilah dah sewel!

Kletak kletuk awek cun!


Selamat petang. Sudah solat? Belum? Pergi sekarang! Aku? Jap lagi..:P



Lariiiii! Jangan bunuh aku!


Esok exam lagi. Suka gila kalau exam ni. Rasa hari-hari nak exam. Korang suka tak? Ok tolong jangan percaya. Gurau-gurau petang ni mintak pelempang boleh?


Esok namanya exam Analisis Sosial Dan Politik Dalam Pembangunan (kalau salah mintak maaf sebab selalu aku tertukar kedudukan sosial dan politik tu).


Harapnya ok saja soalannya. Soalan memang ok tak pernah tak ok. Cuma jawapan yang selalu tak ok. So harapnya jawapannya ok saja. Hah baru betul.


Diharap juga keadaan dalam dewan esok adalah ok. Sebab apa? Sebab taknak perkara sama berlaku lagi esok. Ok nilah nak cerita masalahnya...


Haritu masa exam English For Academic. Ada sorang awek cun duduk sebelah meja aku. Gaya macam orang bunian Korea. Tapi tak pasti la sebab tak tanya pulak dia tuh asal dari mana. Ntah-ntah Maria Ozawa Miyabi tak? (sape tu?)



Cun macam ni ke? Takkk!


So kononnya macam syurga sangat la bila tengah jawab exam, stress sikit pandang awek cun. Bengang sikit pandang awek cun. Mengantuk sikit pandang awek cun. Tutttt sikit jangan pandang dah. BAHAYA! Serius wa cakap sama lu awek itu cun gila. Gila aku dibuatnya bila tengok muka dia. Licin halus mulus berseri-seri putih melepak. GERAM!. Pakai pulak aduhaiiii.. Bukak sana sini. Bertambah dosa pulak tengok acap kali. Bukak sana bukak sini. Cis betul! Aku tak suka tengok benda-benda camtu! (padahal dekat ribu riban kali toleh sampai teleng)



Awek tu Korea! Bukan Kenya!


Tapi masalah sikit ah awek ni. KETIAK BERBULU!! So aku buat-buat la tak nampak ketiak dia tu. Tulah pakai baju bukak ketiak tapi ketiak bulu! Habis terbang ilmu aku tengok bulu ketiak dia.. SABAR je la kan. Nak je aku bagi RM1.50 kat dia buat beli pisau cukoq.



Itu satu masalah. Masalah seterusnya. Makcik-makcik, akak-akak, datin-datin yang jadi mawas pengawas exam tu pun masalah. Pakai kasut tumit tinggi. Pastu babiwalk catwalk kehulur kehilir dalam dewan. Aku takde masalah la kalau diorang nak jalan catwalk ke hanjengwalk ke kan.



Ape tengok-tengok?! Nak catwalk pun susah!


Tapi masalahnya bunyi kasut korang yang kletak! kletuk! kletak! kletuk! tuh bikin aku hilang akal. Korang saje je ke nak kasi hentak kuat-kuat? Lain kali tolong pakai selipar jepun je boleh? Senang sikit telinga aku ni. Bunyi kletak! kletuk! pun dah tukar jadi klepet! klepet! Hah kan merdu tu?


Esok exam apa masalahnya pulak aku tak tahu. Doakan aku tak jumpa masalah yang sama dah ok korang! ;)

Nota kletak! : Babiwalk macam mane?

Nota kletuk! : Hmmm hanjengwalk camne plak eh?

HUMMER gagah!


Haha minat ini. Rasa gagah. Rasa gah! 



Boleh langgar-langgar!! (baca dengan nada kejam). Gagah tak?



alamak kereta gagah, tuan pun kene gagah kan? :P


Besar gedabak boleh muat sanak saudara yang badan gagah-gagah semuanya.


HARGA PUN GAGAH!


Nota Gagah : Berangan dengan gagah!

Pindah!


Kolej aku takde elektrik.
Dalam erti kata lain BLACKOUT!!


So aku amek langkah drastik untuk PINDAH!
SELAMAT TINGGAL KERISMAS!!
.
.
.
.
.
.
.
.
UNTUK SEHARI SAHAJA!
=]